Sabtu, 28 November 2015 | 5:38pm

3 maut serangan ke atas pangkalan PBB di Mali

KIDAL, Mali: Tiga orang maut dalam serangan roket ke atas pangkalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di utara Mali, demikian menurut sumber PBB.

Saksi berkata, penyerang bersenjata tidak dikenali menyerang pangkalan pasukan pengaman PBB di utara Kidal dan penduduk mendengar serangan mortar.

Tiada komen segera daripada pasukan MINUSMA, iaitu anggota misi keamanan PBB.

Tentera Perancis dan pasukan pengaman PBB berada di sana untuk menstabilkan bekas tanah jajahan Perancis selepas militan menyerang sebuah hotel di ibu negara itu pada 20 November lalu dan membunuh 20 orang. REUTERS

Berita Harian X