MOSCOW: Pembuat dan pengeluar peluru berpandu BUK Russia mempertikaikan hasil siasatan oleh pasukan penyiasat mengenai persoalan pihak yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di wilayah dikuasai pemberontak di timur Ukraine, tahun lalu.
Beberapa jam sebelum pengumuman rasmi keputusan siasatan oleh Lembaga Keselamatan Belanda, syarikat berkenaan, Almaz Antey, berkata pihaknya sudah menjalankan ujian yang mana ia bercanggah dengan hasil siasatan oleh pihak Belanda.
Syarikat itu juga menambah bahawa kerosakan di bahagian penumpang pesawat malang itu menunjukkan peluru berpandu yang digunakan adalah jenis lama dan bukannya roket BUK. - AFP