Jumaat, 25 September 2015 | 8:00am

Iran berkabung tiga hari, minta Arab Saudi bertanggungjawab sepenuhnya

PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto AFP
PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto AFP

TEHRAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata 'salah pengurusan' dan 'langkah tidak sesuai' yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi menyebabkan kejadian rempuhan menimpa jemaah haji di Mina.

Iran mengumumkan tiga hari berkabung susulan tragedi itu apabila sekurang-kurangnya 90 rakyatnya maut dalam kejadian rempuhan itu.

"Kerajaan Arab Saudi mesti menerima tanggungjawab yang besar berikutan malapetaka ini," kata Khamenei dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Setakat ini, kejadian rempuhan di Mina itu sudah mengorbankan 717 nyawa manakala sekurang-kurangnya 863 lagi cedera. - AFP

Berita Harian X