Khamis, 17 September 2015 | 8:22am
ORANG ramai melihat laut dari bukit Cerro Baron, dekat bandar Valparaiso selepas gempa kuat 8.3 magnitud gegarkan Chile dengan amaran tsunami dikeluarkan. - Foto Reuters
ORANG ramai melihat laut dari bukit Cerro Baron, dekat bandar Valparaiso selepas gempa kuat 8.3 magnitud gegarkan Chile dengan amaran tsunami dikeluarkan. - Foto Reuters
PENDUDUK keluar dari rumah mereka selepas gempa bumi menggegarkan zon tengah Chile di Santiago. - Foto Reuters
PENDUDUK keluar dari rumah mereka selepas gempa bumi menggegarkan zon tengah Chile di Santiago. - Foto Reuters

Gempa kuat 8.3 magnitud gegar Chile, amaran tsunami dikeluarkan

GEMPA bumi kuat 8.3 magnitud menggegarkan Chile. - Foto UGSS
GEMPA bumi kuat 8.3 magnitud menggegarkan Chile. - Foto UGSS

SANTIAGO: Gempa bumi kuat 8.3 magnitud menggegarkan Chile sebentar tadi dengan amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berpusat kira-kira 55 kilometer di barat Illapel, Chile jam 7:54 malam waktu tempatan.

Agensi Kecemasan Kebangsaan Chile mengeluarkan amaran tsunami dan mengerahkan operasi menyelamat di beberapa kawasan pesisir pantai.

Bacaan awal gempa 7.9 magnitud, namun ditingkatkan kepada 8.3 magnitud.

"Terdapat laporan mengenai kerosakan kediaman di Illapel," kata Menteri Dalam Negeri Chile, Jorge Burgos memberitahu media.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, kemungkinan ombak besar tsunami berlaku di sepanjang pantai Chile dan Peru susulan gempa kuat itu. - CNN

Berita Harian X