NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran akan 'bertindak segera' sekiranya Presiden Sudan Selatan tidak menandatangani satu perjanjian damai.
Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dijadual menandatangani satu perjanjian perkongsian kuasa di Juba hari ini bersama ketua negara Kenya, Uganda, Sudan dan Ethiopia.
Anggota Majlis Keselamatan hari ini menyatakan langkah untuk bertindak segera jika Kiir enggan memeterai perjanjian itu seperti yang dipersetujui sebelum ini, kata Duta Nigeria di PBB, Joy Ogwu, yang mempengerusikan majlis itu bagi bulan ini.
Sudan Selatan dilanda peperangan saudara sejak Disember 2013, apabila pasukan keselamatannya berpecah dengan mewujudkan kumpulan pemberontak yang melakukan keganasan etnik.
Ribuan penduduknya terbunuh dengan lebih 1.6 juta menjadi pelarian. - AFP