ADEN, Yaman: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 10 orang tercedera dalam serangan bom ke atas pejabat sementara gabenor di Aden.
Sumber berkata, Gabenor Nayef al-Bakri bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan itu.
Ia adalah serangan yang pertama seumpamanya di Aden sejak tentera pro-kerajaan menawan semula bandar itu daripada pemberontak Syiah-Iran pada pertengahan Julai lalu. - AFP