Isnin, 27 Julai 2015 | 10:03pm
OBAMA (kiri) dan Perdana Menteri Ethiopia Hailemariam Desalegn mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat mereka di Istana Negara di Addis Ababa, Ethiopia. - Foto REUTERS
OBAMA (kiri) dan Perdana Menteri Ethiopia Hailemariam Desalegn mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat mereka di Istana Negara di Addis Ababa, Ethiopia. - Foto REUTERS

AS, Turki setuju wujudkan zon bebas IS di utara Syria

ADDIS ABABA, Ethiopia: Amerika Syarikat (AS) dan Turki bersetuju untuk bekerja sama bagi membebaskan wilayah utara Syria daripada kumpulan IS, menurut seorang pegawai kanan AS.

"Matlamatnya ialah untuk mewujudkan zon bebas IS dan memastikan keselamatan dan kestabilan sepanjang sempadan Turki dengan Syria," kata pegawai itu kepada AFP semasa lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Ethiopia.

Menurutnya, butiran zon berkenaan "masih perlu diperincikan" tetapi sebarang "usaha bersama ketenteraan tidak akan membabitkan zon larangan terbang". - AFP

Berita Harian X