Ahad, 26 Julai 2015 | 12:28pm

14 terbunuh serangan bom di Cameroon

YAOUNDE, Cameroon: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan bom di sebuah bar di Maroua, utara Cameroon.

Sumber pihak berkuasa menyatakan, penyerang mensasarkan bar terbabit yang letaknya di kawasan sibuk dengan pengunjung dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Seorang pegawai tentera menyatakan, pihak berkuasa mengesyaki serangan itu didalangi oleh puak pemberontak Boko Haram.

Ini adalah kejadian kedua selepas kejadian letupan Rabu lalu, membunuh 11 orang apabila dua remaja wanita meletupkan diri mereka dalam kejadian serangan berganda itu. - AFP

Berita Harian X