Sabtu, 11 Julai 2015 | 6:53pm
Seorang wanita meratap di sebuah kubur di Pusat Peringatan Potocari dekat Srebenica, Bosnia dan Herzegovina. Majlis memperingati ulang tahun ke-20 pembunuhan beramai-ramai itu diadakan di Potocari. - Foto Reuters
Seorang wanita meratap di sebuah kubur di Pusat Peringatan Potocari dekat Srebenica, Bosnia dan Herzegovina. Majlis memperingati ulang tahun ke-20 pembunuhan beramai-ramai itu diadakan di Potocari. - Foto Reuters

Bosnia peringati 20 tahun tragedi Srebrenica

POTOCARI, Bosnia: Puluhan ribua orang berkumpul di sebuah perkuburan berhampiran Srebrenica di Bosnia hari ini bagi memperingati ulang tahun ke-20 kekejaman paling buruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Ditinggalkan oleh tentera PBB menjelang akhir perang Bosnia 1992-95, seramai 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam dibunuh oleh puak Serb dalam tempoh lima hari.

Mayat mereka dibuang dalam lubang besar tetapi digali semula beberapa bulan kemudian untuk ditanam dalam kubur kecil dalam usaha puak Serb menutup jenayah mereka itu.

Lebih 1,000 mayat mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

Mahkamah PBB sudah memutuskan bahawa pembunuhan beramai-ramai itu adalah penghapusan etnik.

Di ibu negara Serbia, Belgrade, polis mengawal Parlimen selepas kerajaan negara itu mengharamkan perhimpunan bagi memperingati mangsa Srebrenica.

Namun, ribuan penduduk Serbia berkumpul dan menyalakan lilin di sebuah taman berhampiran. - Reuters

Berita Harian X