Jumaat, 5 Jun 2015 | 9:45am

Sekurang-kurangnya 150 maut stesen minyak terbakar di Ghana

ANGGOTA keselamatan Ghana berada di depan stesen minyak yang terbakar di Accra, Ghana. - Foto AP
ANGGOTA keselamatan Ghana berada di depan stesen minyak yang terbakar di Accra, Ghana. - Foto AP

ACCRA: Sekurang-kurangnya 150 orang maut dalam kebakaran di stesen minyak di sini ketika mereka berlindung dari hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat, kata perkhidmatan kecemasan.

Kebakaran berlaku di stesen minyak dalam kawasan Kwame Nkrumah Circle lewat malam kelmarin dan merebak ke kawasan kediaman berhampiran.

Presiden Ghana, John Dramani Mahama menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai "bencana dan tidak pernah berlaku" ketika beliau meninjau kawasan berkenaan pagi semalam.

"Ramai yang terkorban dan saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan," katanya.

Mahama kemudiannya mengumumkan tiga hari berkabung dan bendera dikibarkan separuh tiang selepas operasi menyelamatkan ditamatkan. - Agensi

Berita Harian X