Rabu, 29 April 2015 | 2:32pm

Gempa Nepal: Angka korban mencecah 5,000

ORANG ramai berkumpul untuk upacara pembakaran mayat mangsa gempa bumi yang berlaku pada 25 April, di Kathmandu, Nepal. - Foto EPA
ORANG ramai berkumpul untuk upacara pembakaran mayat mangsa gempa bumi yang berlaku pada 25 April, di Kathmandu, Nepal. - Foto EPA

KATHMANDU: Polis Nepal berkata, angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda negara itu Sabtu lalu hari ini mencecah 5,000 orang.

Polis Kathmandu berkata, 4,989 maut manakala 10,260 lagi penduduk dilaporkan cedera.

Gempa yang berpusat di pinggir Kathmandu itu juga mengakibatkan runtuhan salji berlaku di pusat perkhemahan Gunung Everest sehingga sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan maut.

Sementara itu, di negara jiran Nepal, 61 terkorban di India dan Bangladesh, manakala agensi berita rasmi Xinhua melaporkan seramai 25 orang maut di Tibet akibat gegaran gempa itu. - AP

Berita Harian X