Jumaat, 24 April 2015 | 9:53am

Empat mati rampasan bas di El Salvador

SAN SALVADOR: Empat orang mati dalam insiden tembak menembak ketika kumpulan penjenayah cuba merampas sebuah bas di lebuh raya di timur El Salvador, kata polis.

Pegawai berkata, kumpulan penjenayah seramai lima orang menaiki bas dalam kejadian dekat bandar Cojutepeque dengan mengacu senjata api dan mengancam penumpang.

Seorang penumpang yang juga pengawal keselamatan berusia 41 tahun, Pablo Vela melepaskan tembakan dan menembak mati dua penjenayah.

Empat orang mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan termasuk Vela dan seorang lagi penumpang yang mati akibat kecederaan.

Kumpulan penjenayah sering dipersalahkan kerana kegiatan jenayah di El Salvador apabila 1,194 kes bunuh dilaporkan sepanjang tahun ini termasuk 481 kes pada Mac lalu. - AFP

Berita Harian X