Isnin, 13 April 2015 | 10:35am
POLIS menyiasat tempat kejadian selepas kejadian menembak melibatkan dua kanak-kanak. - Foto AP
POLIS menyiasat tempat kejadian selepas kejadian menembak melibatkan dua kanak-kanak. - Foto AP

Budak 3 tahun tembak mati adik di Cleveland

CLEVELAND: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang bermain sepucuk pistol yang ditemuinya di rumah, tertembak adik lelaki berusia setahun di kepala, menyebabkan dia terbunuh, menurut polis Cleveland.

Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams, memberitahu pemberita di luar rumah mangsa bahawa pihaknya sedang menyiasat bagaimana pistol berkenaan berada di situ.

Portal berita Cleveland.com melaporkan seorang kanak-kanak berusia setahun dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia.

Butiran kejadian itu tidak diumumkan tetapi Williams berkata sekurang-kurangnya seorang dewasa berada di rumah ketika kejadian.

Cleveland.com melaporkan ibu kanak-kanak berkenaan didengar menjerit di belakang rumah selepas mendapati anak lelakinya itu mati.

Jiran menyatakan beliau tinggal bersama sekurang-kurangnya tiga anak kecil. - AP

Berita Harian X