X
Ahad, 14 Disember 2014 | 8:47am
PENGUNDI mengibarkan bendera Jepun ketika Shinzo Abe berkempen di Tokyo semalam. - Foto EPA
PENGUNDI mengibarkan bendera Jepun ketika Shinzo Abe berkempen di Tokyo semalam. - Foto EPA

Rakyat buang undi dijangka sokong dasar Abe

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe melambai tangan kepada orang ramai ketika berkempen di Tokyo semalam. - Foto EPA
PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe melambai tangan kepada orang ramai ketika berkempen di Tokyo semalam. - Foto EPA

TOKYO: Rakyat Jepun membuang undi hari ini dalam pilihan raya Parlimen yang dijangka mengesahkan majoriti Parti Liberal Demokratik (LDP) walaupun penganalisis meramalkan peratus keluar mengundi yang rendah.

Perdana Menteri, Shinzo Abe yang mengumumkan pilihan raya untuk dewan perwakilan rendah berkata, beliau mahukan majoriti baharu bagi menyokong program ekonomi dan dasar lain pentadbirannya.

Abe berkata, beliau akan meletak jawatan jika LDP gagal meraih majoriti tetapi kelemahan di kalangan parti pembangkang menjadikan sebaliknya.

Abe yang mula memegang jawatan dua tahun lalu berjanji untuk merangsang ekonomi yang lembap dan mengembalikan kaliber negara berkenaan.

SEORANG pengundi memasukkan kertas undi ke dalam kotak di pusat pengundian pada pilihan raya Parlimen di Tokyo hari ini. - Foto Reuters
SEORANG pengundi memasukkan kertas undi ke dalam kotak di pusat pengundian pada pilihan raya Parlimen di Tokyo hari ini. - Foto Reuters

Sejak itu, harga saham meningkat dan banyak syarikat melaporkan mereka mencatat keuntungan ketika Yen Jepun merosot dari segi nilai hasil kawalan terhadap dasar kewangan.

Bagaimanapun pemulihan ekonomi yang bermula sebelum Abe memegang jawatan didapati merosot dalam beberapa bulan apabila negara itu kembali goyah selepas kenaikan cukai jualan dibuat sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna dan ahli perniagaan.

Kemenangan besar dalam pilihan raya berupaya memperbaiki peluang Abe untuk meneruskan cita-cita politik dan pemulihan ekonomi bersama atau tanpa rakan komponen dalam LDP, Parti Komei.

"Ini hanya satu cara!" adalah slogan Abe yang digunakan dalam ceramah kempennya dan bagi kalangan pengundi ia sukar dipercayai. - AP

Berita Harian X