Isnin, 1 Disember 2014 | 2:56pm

Vietnam tahan blogger anti-China

HANOI: Polis Vietnam menahan seorang blogger kerana memuat naik 'sesuatu yang mengandungi unsur tidak baik' mengenai kerajaan, dalam tindakan terhadap penentangan menerusi internet di negara komunis berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Keselamatan Awam menyatakan Hong Le Tho, 65, ditahan di bandaraya Ho Chi Minh Sabtu lalu kerana memuat naik penulisan mengandungi unsur tidak baik dan maklumat salah yang boleh menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap agensi kerajaan.

Blog Tho, dengan nama 'Nguoi Lot Gach' sudah beroperasi selama kira-kira tiga tahun dan dikemas kini dalam bahasa Vietnam, Inggeris dan Perancis yang mengandungi ulasannya mengenai isu politik dan sosial di Vietnam.

Banyak bahan anti-China dimuat naik, sekali gus mencerminkan permusuhan meluas dalam kalangan kebanyakan rakyat Vietnam, termasuk golongan intelektual terhadap jiran mereka di utara.

Hanoi dan Beijing sudah lama menghadapi ketegangan berhubung tuntutan rangkaian kepulauan di Laut China Selatan dan hak untuk menjala ikan. - AFP

Berita Harian X