Selasa, 18 November 2014 | 12:48pm
Seorang penunjuk perasaan dan pekerja mengalihkan penghadang jalan bagi membersihkan kawasan bantahan di Hong Kong berikutan perintah mahkamah hari ini. - Foto Reuters
Seorang penunjuk perasaan dan pekerja mengalihkan penghadang jalan bagi membersihkan kawasan bantahan di Hong Kong berikutan perintah mahkamah hari ini. - Foto Reuters

Hong Kong mula bersihkan kawasan tunjuk perasaan

HONG KONG: Pihak berkuasa hari ini mula membersihkan sebahagian khemah penunjuk perasaan di tengah bandar yang dihuni selama kira-kira dua bulan.

Kira-kira 30 bailif mahkamah tiba di Menara Citic, Admiralty, hari ini bersebelahan bangunan kerajaan untuk menguatkuasakan injuksi terhadap penghadang jalan selepas pemilik bangunan membuat permohonan.

Pihak berkuasa memantau ketika pekerja menggunakan pemotong untuk mengalihkan penghadang.

Polis berkata, pemilik bangunan mengubah pekerja untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

"Kami akan teruskan tindakan kami secara aman dan tanpa keganasan," kata ketua Scholarism, Joshua Wong, salah satu kumpulan penunjuk perasaan membabitkan pelajar.

"Kami tidak berniat untuk berbalah dengan polis. Jika mereka bersihkan jalan di luar tempat letak kereta, kami akan terima. Jika mereka bersihkan tempat lain, ia memang mengecewakan," katanya.

Sebahagian daripada penunjuk perasaan mengemas bantal, selimut dan barang lain milik mereka dari dalam khemah dan bergerak ke bahagian lain dalam zon tunjuk perasaan.

"Rancangan kami ialah untuk tidak berbuat apa-apa dan cuma memerhati," kata seorang penunjuk perasaan, Gary Yeung, 25.

Kawasan berdekatan Menara Citic, ibu pejabat CITIC Pacific Ltd, dikelilingi dengan penghadang besi menyebabkan pengguna yang menuju pusat perniagaan di situ terganggu. - Reuters

Berita Harian X