Jumaat, 12 September 2014 | 4:44pm

PM baharu Thailand akan lawat negara anggota ASEAN termasuk Malaysia

PERDANA Menteri baharu Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha.
PERDANA Menteri baharu Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha.

BANGKOK: Perdana Menteri baharu Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha akan memulakan lawatan rasmi ke negara Asean pada penghujung bulan ini atau awal bulan depan.

Beliau akan melawat Myanmar dahulu selaku pengerusi Asean diikuti Malaysia sebagai bakal pengerusi tahun depan.

Timbalan Menteri Luar Myanmar, Don Pramudwinai berkata, Prayuth yang akan bersara selaku ketua tentera Thailand pada penghujung bulan ini akan mengunjungi rakan sejawatannya secepat mungkin.

Di Malaysia, Prayuth dijangka berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu keamanan antara kerajaan Thai dan puak pemisah, katanya kepada pemberita sebelum menghadiri deklarasi kenyataan polisi kerajaan kepada Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) di sini pagi ini.

Malaysia dijangka menjadi fasilitator kepada perbincangan tersebut.

Kenyataan polisi itu meliputi 11 bidang termasuk soal institusi diraja yang antara lain kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap raja. - BERNAMA

Berita Harian X