Selasa, 9 September 2014 | 8:03am

Gempa bumi 5.0 magnitud gegar Mexico

MEXICO CITY: Gempa bumi sederhana menggegar pantai selatan Pasifik di Mexico tetapi tiada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan.

Jabatan Perkhidmatan Seismologikal Mexcio berkata, gempa bumi berukuran 5.0 magnitud itu berpusat di Lautan Pasifik, dekat Pinotepa Nacional, bandar di wilayah Oaxaca.

Gempa bumi terbabit dirasai sehingga Mexico City sehingga menyebabkan beberapa bangunan

bergoyang.

Komander Polis Pinotepa Nacional, Daniel Mejia berkata, tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima.

Kejadian itu tidak memerlukan penduduk dipindahkan dan tidak semua yang merasai gempa terbabit yang melanda bandar perikanan berkenaan. - AP

Berita Harian X