Rabu, 3 September 2014 | 7:42am

4 tentera misi keamanan PBB maut letupan bom di Mali

BAMAKO: Empat tentera misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Chad terbunuh semalam apabila trak yang dinaiki mereka dibom di Mali, sekali gus menjejaskan usaha awal rundingan keamanan antara pemberontak dengan kerajaan.

Kejadian berlaku sehario selepas rundingan dimulakan antara kerajaan dan enam kumpulan pemberontak bersenjata di Algeria yang bertujuan menamatkan pertelingkahan dan membentuk perpaduan di negara berkenaan.

"Empat tentera misi keamanan dari Chad dilaporkan maut, 16 yang lain cedera termasuk enam dilaporkan parah," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric.

Trak berkenan dibom di utara wilayah padang pasir Kidal. - AFP

Berita Harian X