BONANZA: Anggota penyelamat di Nicaragua sedang bertungkus lumus untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 24 pekerja lombong emas yang terperangkap akibat tanah runtuh termasuk 20 yang berjaya dikesan dan sudah menghubungi pasukan kecemasan, hari ini.
Jurucakap Parti Sandinista, Milagros Solorzano berkata, pasukan anjing pengesan berjaya mengesan 20 pekerja pelombong yang terperangkap dalam gua di lombong berkenaan tetapi pihak berkuasa belum berjaya mengeluarkan mereka.
Katanya, 20 pekerja lombong berkenaan berjaya menghubungi anggota penyelamat.
"Mereka yang terperangkap kata mereka tidak tahu lokasi empat lagi pekerja. Anggota penyelamat belum berhasil menghantar makanan atau minuman kepada mangsa berkenaan yang sudah terperangkap lebih 24 jam," katanya. - AP