Jumaat, 16 Jun 2017 | 7:55am
Agentina's Lionel Messi walks off after their friendly game of football between Brazil and Argentina at the MCG in Melbourne on June 9, 2017. / AFP PHOTO / Mal Fairclough / IMAGE RESTRICTED TO EDITORIAL USE - STRICTLY NO COMMERCIAL USEMAL FAIRCLOUGH
Agentina's Lionel Messi walks off after their friendly game of football between Brazil and Argentina at the MCG in Melbourne on June 9, 2017. / AFP PHOTO / Mal Fairclough / IMAGE RESTRICTED TO EDITORIAL USE - STRICTLY NO COMMERCIAL USEMAL FAIRCLOUGH

Janji Messi buat Argentina

BUENOS AIRES: Lionel Messi melaungkan ikrar untuk terus berjuang menjulang Argentina pada kempen kelayakan Piala Dunia selepas menyaksikan pasukan itu kini bergelut dalam misi buru slot ke Russia, tahun depan.

Juara dunia dua kali Piala Dunia itu kini menghuni tangga kelima Zon Amerika Selatan, ketika hanya empat pasukan teratas layak ke pusingan akhir secara automatik.

"Masih ada 365 hari lalu, ayuh kita berjuang capai impian!" kata Messi menerusi akaun Facebook miliknya.

Argentina kini bergelut untuk mengelak daripada terlepas pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1970.

Brazil muncul pasukan pertama layak ke Russia dan Argentina kini dipisahkan satu mata berbanding Chile di tempat keempat ketika saingan masih lagi berbaki empat perlawanan.

Sekiranya kedudukan itu kekal, skuad kendalian Jorge Sampaoli akan mengharungi aksi playoff menentang juara Oceania, sama ada New Zealand atau Kepulauan Solomon.

Ogos ini, Argentina dijadualkan bertemu Uruguay, diikuti menentang Venezuela, Peru dan Ecuador.

Setakat ini, tanpa Messi, Argentina hanya menang sekali dalam lapan perlawanan kelayakan namun dengan kelibat bintang Barcelona itu, mereka menang lima perlawanan. - AFP

Berita Harian X