Khamis, 4 Mei 2017 | 8:11am

Liga Europa: Ajax selangkah ke final

PEMAIN Ajax Amsterdam meraikan kemenangan 4-1 mereka selepas perlawanan akhir, perlawanan bola sepak perlawanan pertama UEFA Europa League semi antara Ajax Amsterdam dan Olympique Lyon, di Amsterdam, Belanda. Foto EPA

AMSTERDAM: Bertrand Traore meledak dua kali ketika membantu Ajax Amsterdam merakam kemenangan besar 4-1 ke atas Olympique Lyonnais pada aksi pertama separuh akhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Penyerang Burkina Faso yang dipinjam dari Chelsea itu meledak gol pendahuluan untuk Ajax seawal minit ke-25 diikuti jaringan kedua menerusi bintang muda Denmark, Kasper Dolberg sembilan minit selepas itu.

Bersambung di babak kedua, Amin Younes memastikan gol ketiga Ajax pada minit ke-49 sebelum Mathieu Valbuena merapatkan jurang buat wakil Perancis, pada minit ke-66.

Namun pada minit ke-71, Traore sekali lagi meledak untuk melengkapkan kemenangan bergaya Ajax sekali gus memastikan juara empat kali itu berada di landasan tepat untuk melangkah ke pentas akhir.

Kali terakhir kelab Belanda itu beraksi di final peringkat Eropah adalah pada Liga Juara-Juara 1996 ketika tewas kepada Juventus menerusi sepakan penalti. - Reuters

Berita Harian X