Jumaat, 14 April 2017 | 5:51pm

Jijoe terkandas acara pecut

AZIZULHASNI Awang melakar kejayaan berganda tidak kesampaian apabila terkandas seawal pusingan pertama dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, hari ini . - Foto EPA
AZIZULHASNI Awang melakar kejayaan berganda tidak kesampaian apabila terkandas seawal pusingan pertama dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, hari ini . - Foto EPA

KUALA LUMPUR: Impian Raja Keirin negara, Azizulhasni Awang melakar kejayaan berganda tidak kesampaian apabila terkandas seawal pusingan pertama dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, hari ini.

Azizulhasni atau lebih dikenali dengan jolokan Pocket Rocketman mencipta sejarah membanggakan, semalam apabila memenangi acara keirin sekali gus menjadi pelumba basikal pertama negara menjuarai gelaran dunia.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu ditunjukkan jalan keluar selepas tewas kepada pelumba Kanada, Hugo Barrette pada saringan keenam di pusingan pertama.

ISTERI Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abd Samat dan anak-anak mereka Amna Khadeeja, 1, dan Amna Maryam, 4, berbangga dengan suaminya yang memenangi pingat emas dalam keirin pada 2017 Track Kejohanan Dunia Berbasikal di Hong Kong semalam. - Foto Muhaizan Yahya

Azizulhasni pernah meraih pingat perak dalam acara pecut di Kejohanan Dunia di Pruszkow, Poland pada tahun 2009.

Selain itu, Azizulhasni juga mempunyai rekod yang baik dalam acara pecut apabila meraih empat pingat emas di Kejohanan Asia yang berlangsung di Nara, Jepun pada 2008, Tenggarong (Indonesia) 2009, Astana (Kazakhstan) 2014 dengan yang terbaharu di New Delhi, India, Februari lalu.

Berita Harian X