Jumaat, 14 April 2017 | 12:20pm

Azizul bertarung acara pecut pula petang ini

MOHD Azizulhasni Awang. - Foto EPA
MOHD Azizulhasni Awang. - Foto EPA

KUALA LUMPUR: Raja keirin dunia yang baharu, Azizulhasni Awang sedang dibuai mimpi indah, namun pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu masih mempunyai satu acara yang harus disertainya selepas ini.

Azizulhasni yang meraih emas dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong semalam, dijadual menyertai perlumbaan kelayakan acara pecut, awal petang ini.

Turut berada dalam senarai pelumba saingan itu adalah pemenang pingat emas tiga kali acara itu, Theo Bos dari Belanda, Matthew Glaetzer (Australia) yang meraih perak di London tahun lalu dan pesaingnya ketika menjuarai acara keirin, Fabian Hernando Puerta Zapata.

Sebagai rekod, Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai Jijoe pernah meraih pingat perak dalam acara pecut di Kejohanan Dunia di Pruszkow, Poland pada tahun 2009.

Selain itu, Azizulhasni juga mempunyai rekod meraih empat pingat emas di Kejohanan Asia yang berlangsung di Nara, Jepun pada 2008, Tenggarong (Indonesia) 2009, Astana (Kazakhstan) 2014 dengan yang terbaharu di New Delhi, India, Februari lalu.

Berita Harian X