Jumaat, 7 April 2017 | 11:53pm

GP Argentina: Hafizh 10 terpantas latihan bebas Moto2

HAFIZH Syahrin menamatkan sesi latihan bebas 1 GP Argentina di kedudukan ke-10 terpantas. - Fot6o fail NSTP
HAFIZH Syahrin menamatkan sesi latihan bebas 1 GP Argentina di kedudukan ke-10 terpantas. - Fot6o fail NSTP

KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan sesi latihan bebas 1 Grand Prix (GP) Argentina di kedudukan ke-10 terpantas, sebentar tadi.

Pelumba Moto2 negara itu mencatat 1 minit 45.708 saat pada pusingan 16 yang juga terakhir dilakukannya pada sesi berkenaan.

Untuk rekod, Hafizh yang mewakili PETRONAS Raceline menamatkan perlumbaan GP Argentina di tangga keenam, tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara yang muncul juara Moto3 di Litar Termas de Rio Hondo itu tahun lalu, Khairul Idham Pawi menduduki tangga ke-30 terpantas.

Pelumba yang kini bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia dalam kelas Moto2 mencatat 1'47.538s pada pusingan ke-17 daripada 18 yang dilakukannya.

Berita Harian X