Jumaat, 10 March 2017 | 6:58am

Chen Long 'bungkus' di Seluruh England

GAMBAR fail, pemain perseorangan China, Chen Long pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam 10 April tahun lalu. - F0to NSTP/Osman Adnan
GAMBAR fail, pemain perseorangan China, Chen Long pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam 10 April tahun lalu. - F0to NSTP/Osman Adnan

BIRMINGHAM: Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long tersingkir daripada Seluruh England selepas tewas mengejut kepada Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand pada pusingan kedua, awal pagi tadi.

Selepas tujuh bulan kejayaan di Rio dan tidak beraksi dalam pertandingan kompetitif, Chen Long tampil goyah serta gagal menahan serangan pemain nombor 12 dunia itu sebelum tewas 21-16, 21-19.

"Semua pemain memasang impian memenangi kejuaraan ini dan saya juga mahukannya," kata Chen Long, 28 tahun. "Fokus saya kini mahu mendapatkan semula rentak."

Kejutan itu menyaksikan pemain pilihan utama dan bekas juara tiga kali, Datuk Lee Chong Wei mungkin bertemu Tanongsak di separuh akhir.

Chong Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain 21 dunia dari Taiwan, Wang Tzu Wei 21-18, 21-18 dan akan berentap menentang pemain China Tian Houwei. - AFP

Keputusan pusingan kedua

Perseorangan lelaki

Lee Chong Wei (MAS x1) mn Wang Tzu Wei (TPE) 21-18, 21-18

Tian Houwei (CHN x7) mn H.S. Prannoy (IND) 21-13, 21-5

Tanongsak Saensomboonsuk (THA) mn Chen Long (CHN x4) 21-16, 21-19

Lin Dan (CHN x6) mn Huang Yuxiang (CHN) 21-16, 21-11

Chou Tien Chen (TPE) mn Sony Dwi Kuncoro (INA) 21-13, 21-11

Kasumasa Sakai (JPN) mn Jan Jorgensen (DEN x2) 21-16, 21-13

Viktor Axelsen (DEN x3) mn Zhao Junpeng (CHN) 21-10, 21-11

Shi Yuqi (CHN) mn Ng Ka Long (HKG x8) 21-16, 21-13

Perseorangan wanita

Pusarla Sindhu (IND x6) mn Dinar Ayustine (INA) 21-12, 21-4

Akane Yamaguchi (JPN x7) mn Chiang Mei Hui (TPE) 21-19, 20-22, 21-15

Ratchanok Intanon (THA x5) mn Hsu Ya Ching (TPE) 21-14, 21-15

Tai Tzu Ying (TPE x1) mn Minatsu Mitani (JPN) 27-25, 21-11

Sun Yu (CHN x4) mn Chen Yufei (CHN) 21-15, 21-14

Carolina Marin (ESP x2) mn He Bingjiao (CHN) 15-21, 21-19, 21-10

Saina Nehwal (IND x8) mn Fabienne Deprez (GER) 21-18, 21-10

Sung Ji-Hyun (KOR x3) mn Yin Yip Pui (HKG) 15-21, 21-16, 21-9.

Berita Harian X