Rabu, 1 March 2017 | 6:13pm

1,211 pesilat bakal bertarung di UPSI

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kanan) menunjukkan Piala Menteri Besar Perak sempena Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa ke 8 Tahun 2017. Turut kelihatan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (tiga kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto Muhaizan Yahya.

IPOH: Seramai 1,211 pesilat mewakili 91 pasukan bakal berentap bagi merebut Piala Menteri Besar Perak dalam Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa Kelapan 2017 yang bakal diadakan minggu depan. 

Kejohanan bermula dari 7 hingga 12 Mac itu akan diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, membabitkan tiga kategori iaitu terbuka antarabangsa, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) dan remaja antarabangsa. 

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, kejohanan kali ini turut membabitkan penyertaan pasukan dari Indonesia dan Singapura. 

"Sehingga kini, seramai 590 pesilat mengesahkan penyertaan untuk kategori IPTA/S, 329 pesilat remaja dan 292 pesilat terbuka antarabangsa dan mengambil bahagian dalam 42 acara silat olahraga dan silat seni," katanya pada sidang media di sini.

Zainol Fadzi berkata, selain Piala Menteri Besar Perak, setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 bagi juara keseluruhan manakala naib juara menerima RM1,000. 

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai hadir menyaksikan kejohanan berkenaan anjuran UPSI, PESAKA, PESAKA Perak dan kerajaan negeri Perak itu. 

Berita Harian X