Ahad, 26 Februari 2017 | 11:39pm
PEMAIN Tottenham, Dele Alli (kanan) bersaing dengan pemain Stoke City, Phil Bardsley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, London. - Foto Reuters
PEMAIN Tottenham, Dele Alli (kanan) bersaing dengan pemain Stoke City, Phil Bardsley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, London. - Foto Reuters

Hatrik Kane bantu Spurs belasah Stoke

HARRY Kane (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukan dalam perlawanan menentang Stoke City di White Hart Lane, London. - Foto AFP
HARRY Kane (kanan) meraikan jaringan bersama rakan pasukan dalam perlawanan menentang Stoke City di White Hart Lane, London. - Foto AFP

LONDON: Tottenham Hotspur naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Stoke City 4-0 pada aksi yang berlangsung di White Hart Lane, di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Mauricio Pochettino kini mengumpul 53 mata selepas 26 perlawanan, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Malam gemilang Spurs dibantu oleh persembahan cemerlang penyerang antarabangsa England, Harry Kane yang meledak hatrik pada separuh masa pertama.

Kane hanya memerlukan 14 minit untuk membuka tirai jaringan buat Spurs sebelum meledak dua lagi gol pada minit ke-32 dan 37.

Tidak cukup dengan itu, Kane turut membuktikan dirinya sebagai tonggak penting skuad itu selepas mengumpan bola untuk Dele Alli meledak gol keempat tuan rumah pada masa tambahan babak pertama.

Biarpun sudah mendahului empat gol, Spurs tetap mendominasi permainan di babak kedua namun beberapa percubaan ke arah pintu gol Stoke City tidak berhasil dan kedudukan 4-0 kekal hingga wisel penamat. - Agensi

KANE hanya memerlukan 14 minit untuk membuka tirai jaringan buat Spurs sebelum meledak dua lagi gol pada minit ke-32 dan 37. - Foto Reuters
KANE hanya memerlukan 14 minit untuk membuka tirai jaringan buat Spurs sebelum meledak dua lagi gol pada minit ke-32 dan 37. - Foto Reuters

Berita Harian X