Rabu, 8 Februari 2017 | 6:34pm
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Musim Sejuk di Sapporo, Jepun di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Musim Sejuk di Sapporo, Jepun di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bergambar bersama atlet negara pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Musim Sejuk di Sapporo, Jepun di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Khairy tunggu TMJ hantar borang bertanding

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menunggu pengesahan rasmi pencalonan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum membuat keputusan untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada TMJ. Rasmi maksudnya beliau menghantar borang rasmi untuk bertanding. 

"Selepas itu baru saya akan membuat kenyataan saya mengenai hal ini," kata Khairy ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Musim Sejuk di Sapporo, Jepun di sini, hari ini.

Khairy sebelum ini menyatakan pendirian untuk menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden FAM jika Tunku Ismail menerima pencalonannya untuk merebut jawatan tertinggi badan induk itu.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk bertanding jawatan itu dengan tarikh akhir pengesahan tamat Isnin ini.

Setakat ini, hanya Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang sudah menghantar borang pengesahan pencalonan bagi merebut kerusi nombor satu FAM itu.

Ditanya adakah Kabinet akan memberi pelepasan sekiranya beliau tetap berhasrat untuk bertanding, Khairy berkata:

"Ia sekadar peraturan Kabinet dan masih boleh diubah. Jika ia membabitkan undang-undang lain cerita," katanya

Berita Harian X