Selasa, 7 Februari 2017 | 8:19pm
 MUHAMMAD Shah Firdaus Sahrom (kanan) memenangi pingat gangsa acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 di New Delhi, India. - Foto Instagram Mohd Azizulhasni Awang
MUHAMMAD Shah Firdaus Sahrom (kanan) memenangi pingat gangsa acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 di New Delhi, India. - Foto Instagram Mohd Azizulhasni Awang

Shah menang gangsa, Azizul kecundang

MUHAMMAD Shah (kanan) bersama Watanabe (tengah) dan Wakimoto masing-masing dengan pingat yang dimenangi.
MUHAMMAD Shah (kanan) bersama Watanabe (tengah) dan Wakimoto masing-masing dengan pingat yang dimenangi.

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom memenangi pingat gangsa acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 di New Delhi, India, hari ini.

Kemenangan itu bukan saja pingat pertama buat negara pada kejohanan ini, malah menyaksikan pelumba berusia 20 tahun itu turut berjaya memperbaiki kedudukan keempat yang diraihnya di Jepun tahun lalu.

Pada perlumbaan berkenaan, pingat emas dan perak masing-masing dimenangi oleh pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dan Yuta Wakimoto.

Dalam pada itu, pelumba nombor satu dunia acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang yang turut bertanding bagaimanapun hanya sekadar mampu sampai ke peringkat separuh akhir.

Malaysia mempertaruhkan seramai 26 pelumba saingan ACC kali ini yang dianggap medan terbaik mengukur prestasi pelumba menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos ini.

Berita Harian X