Isnin, 30 Januari 2017 | 7:29am

Mesir ragut impian Maghribi, Ghana turut mara

GOL lewat Mahmoud Kahraba membenarkan Mesir menyingkirkan skuad bimbingan Herve Renard, Maghribi di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017 dan menyertai Ghana bagi melengkapkan empat slot terakhir.
GOL lewat Mahmoud Kahraba membenarkan Mesir menyingkirkan skuad bimbingan Herve Renard, Maghribi di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017 dan menyertai Ghana bagi melengkapkan empat slot terakhir.

PORT-GENTIL, Gabon: Gol lewat Mahmoud Kahraba membenarkan Mesir menyingkirkan skuad bimbingan Herve Renard, Maghribi di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2017 dan menyertai Ghana bagi melengkapkan empat slot terakhir.

Kahraba dikeluarkan daripada bangku simpanan pada babak kedua perlawanan di sini sebelum menggegar gawangMaghribi menerusi jaringan cantik daripada jarak lima meter pada minit ke-88.

Penamat penuh dramatik itu hadir selepas adik beradik Ayew, Jordan dan Andre masing-masing menyumbang gol untuk memberikan Ghana kemenangan 2-1 ke atas DR Congo di Oyem untuk melangkah ke pentas separuh akhir lebih awal.

Pengandali dari Perancis, Renard berharap untuk menjadi jurulatih pertama menjulang trofi sebanyak tiga kali bersama tiga negara berbeza selepas dia sebelum ini cemerlang menjulang Zambia pada 2012 dan Ivory Coast pada 2015.

Begitupun, langkahnya dihalang oleh Mesir yang berharap untuk memenangi gelaran dengan catatan rekod, kali kelapan.

"Ia perlawanan yang amat rumit untuk kedua-dua pasukan bagi tempoh 94 minit. Kedua-duanya mempunyai peluang namun kami bertuah untuk memperoleh gol daripada kedudukan bola mati," kata jurulatih Mesir, Hector Cuper.

Mesir ketika ini adalah pasukan yang masih belum dibolosi sepanjang empat perlawanan di Gabon.

Maghribi berpeluang untuk meledak gol namun cubaan Romain Saiss dan M'bark Boussoufa kedua-duanya sekadar menggegar palang manakala Aziz Bouhaddouz gagal untuk menyudahkan lorongan cantik sFaycal Fajr di depan gawang pada babak kedua.

Babak begitupun lebih dikuasai Mesir menerusi pemain bintangnya, Mohamed Salah dengan dua cubaannya dihalang penjaga gol Maghribi, Munir Mohamedi.

"Saya bangga dengan pemain-pemain saya. Seorang demi seorang, jujurnya mereka beraksi cemerlang," kata Renard. "Tiada apa yang kami kecewakan.

"Kami hanya perlu berbangga dengan apa yang kami lakukan kerana laluan kami amat jauh."

Mesir selepas ini akan berkunjung ke ibu negara Gabon, Libreville untuk bertemu Burkina Faso pada perlawanan separuh akhir, Khamis ini. - AFP

Berita Harian X