Sabtu, 10 Disember 2016 | 7:09am

Rafiq menang perak boling perseorangan dunia

GAMBAR fail, pemain boling lelaki negara, Muhammad Rafiq Ismail beraksi pada Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia 2016 di Sunway Pyramid, 7 Mei lalu. - Foto Hasriyasyah Sabudin
GAMBAR fail, pemain boling lelaki negara, Muhammad Rafiq Ismail beraksi pada Kejohanan Tenpin Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia 2016 di Sunway Pyramid, 7 Mei lalu. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Muhammad Rafiq Ismail menceriakan pasukan Malaysia apabila meraih pingat perak pada Kejohanan Boling Perseorangan Dunia di Doha, Qatar semalam.

Pemain skuad elit remaja negara itu menampilkan tentangan sengit sebelum tewas 205-256 kepada Jesper Agerbo dari Denmark pada saingan akhir perseorangan lelaki.

Kejayaan meraih pingat perak itu adalah pencapaian terbaik Malaysia pada Kejohanan Boling Perseorangan Dunia selepas Esther Cheah memenangi gangsa dalam kejohanan sulung di Cyprus pada 2012.

Pada saingan separuh akhir, pemain negara berusia 19 tahun itu mengalahkan pemain Hong Kong, Michael Mak, 235-224 untuk mara ke peringkat akhir. - BERNAMA

Berita Harian X