Ahad, 13 November 2016 | 1:57pm

Moto3: Khairul idam penamat positif di GP Valencia

SEORANG lelaki (bertopi keledar) berpura-pura menempah makanan sebelum melarikan beg tangan milik seorang guru di sebuah kedai makan di Kampung Pauh Lima, Melor. - Foto Ihsan Pembaca
SEORANG lelaki (bertopi keledar) berpura-pura menempah makanan sebelum melarikan beg tangan milik seorang guru di sebuah kedai makan di Kampung Pauh Lima, Melor. - Foto Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Penunggang Moto3 negara, Khairul Idham Pawi, menyasarkan untuk menamatkan perlumbaan terakhir musim ini di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol hari ini di kelompok 15 terbaik.

Ketika rakan sepasukannya daripada Honda Asia, Hiroki Ono, gah memulakan perlumbaan di barisan utama selepas menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ketiga terpantas, Khairul Idham bergelut untuk sekadar memulakan perlumbaan di petak ke-25.

Mengakui dihimpit beberapa isu ketika sesi kelayakan, semalam, pelumba kelahiran Perak itu bertekad untuk mencuba yang terbaik ketika perlumbaan selepas hanya mampu melakukan catatan 1 minit 40.163 saat (s), semalam.

"Ketika sesi kelayakan, kami berjaya menyelesaikan beberapa masalah kecil ketika menghadapi selekoh yang kami peroleh ketika sesi di sebelah pagi," kata Khairul Idham mengulas sesi kelayakan, semalam.

"Di sesi terakhir kelayakan, saya tidak memberi terlalu banyak tekanan kerana saya sudah merasakan bahagian depan sudah berada di tahap maksimum.

"Untuk esok (hari ini), kami akan cuba sesuatu untuk memperbaikinya. Saya hanya kurang 0.9s di belakang pelumba di petak utama, namun saya masih perlu memulakan perlumbaan di barisan kesembilan.

"Ia bermakna saya perlu memintas sebanyak mungkin pelumba. Sudah tentu, saya akan melakukannya dan cuba untuk menamatkan perlumbaan di kelompok 15 terbaik."

Ono dalam pada itu mengakui tidak menyangka catatan 1:39.383s yang dibuatnya ketika sesi kelayakan meletakkan di barisan utama.

"Apabila saya melihat skrin besar di trek, saya mendapati nama saya di kedudukan ketiga, ia satu kejutan yang baik. Kami melakukan peningkatan pada setiap sesi. Untuk perlumbaan, saya yakin untuk bertarung bagi podium," kata pelumba kelahiran Jepun itu.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara dalam kelas Moto3, Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing) akan memulakan perlumbaan di petak ke-30.

Pelumba Sepanyol, Aron Canet daripada pasukan Estrella Galicia merangkul petak utama dengan catatan 1:39.261s diikuti juara dunia Moto3 2016, Brad Binder daripada pasukan Red Bull KTM Ajo, ketinggalan 0.018s.

Perlumbaan Moto3 GP Valencia dijadualkan pada 5.00 petang ini.

Berita Harian X