Jumaat, 11 November 2016 | 7:49pm

GP Valencia: Adam, Khairul catat kepantasan berbeza latihan bebas

PELUMBA Drive M7 SIC, Adam Norrodin. - Foto Asyraf Hamzah
PELUMBA Drive M7 SIC, Adam Norrodin. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Pelumba Drive M7 SIC, Adam Norrodin mencatat masa sepusingan 1 minit 41.580 saat untuk berada di tangga ke-21 terpantas pada sesi latihan bebas pertama Grand Prix (GP) Valencia, sebentar tadi.

Seorang lagi pelumba negara, Khairul Idham Pawi yang dijadual beraksi dalam kelas Moto2 tahun depan pula mencatat 1'42.252s untuk berada di tangga ke-28 di litar Comunitat Valenciana - Ricardo Tormo itu.

PELUMBA Moto3 Honda Asia, Khairul Idham Pawi. - Foto Osman Adnan
PELUMBA Moto3 Honda Asia, Khairul Idham Pawi. - Foto Osman Adnan

Sesi latihan pertama dalam kelas Moto3 untuk pusingan terakhir musim itu dikuasai pelumba RBA Racing Team, Juanfran Guevara dengan catatan 1'40.333s manakala rakan pasukannya dari Argentina, Gabriel Rodrigo kedua (1'40.538s).

Tempat ketiga terpantas pula diduduki juara keseluruhan Moto3 tahun ini iaitu Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo dengan catatan 1'40.590s.

Keputusan:

Sesi latihan 1 Moto3,/b>

1. Juanfran Guevara (RBA Racing Team) 1'40.333s

2. Gabriel Rodrigo (RBA Racing Team) 1'40.538s

3. Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) 1'40.590s

4. Fabio Quartararo (Leopard Racing) 1'40.607s

5. Joan Mir (Leopard Racing) 1'40.613s

21. Adam Norrodin (Drive M7 SIC) 1'41.580s

28. Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) 1'42.252s

Berita Harian X