Rabu, 9 November 2016 | 8:08pm

25 pemain wanita ke kem latihan di UMS

Kompleks Sukan Universiti Malaysia (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.
Kompleks Sukan Universiti Malaysia (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.

KUALA LUMPUR: Seramai 25 pemain bola sepak dipanggil oleh ketua jurulatih skuad wanita negara, Mohd Asyraaf Abdullah untuk kem latihan pusat yang juga persiapan awal menghadapi temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017.

Kem itu akan bermula pada Selasa ini di Kompleks Sukan Universiti Malaysia (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.

Daripada jumlah itu, hanya 16 pemain kekal daripada 23 yang menamatkan saingan Kejuaraan Wanita AFF di Myanmar, Ogos lalu di tangga ketiga Kumpulan B.

Sembilan muka baharu yang dipanggil adalah Sanizah Dualin dan Fedalliah Claritta Jaimin, masing-masing dari Sabah, Siti Rohani Sapthu dari Sarawak, Puteri Nor Alisa Wilkinson (Pahang), Dhiya Fatihah Ahmad Razali (Kedah) dan Nor Atikah Abdul Wahab (Angkatan Tentera Malaysia).

Selain itu, tiga lagi adalah dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah iaitu Anis Aisyah Asiati, Nor Athirah Mamat dan Rosdianah Adeline Jerus.

Mengulas mengenai senarai pemain itu, Mohd Asyraaf berkata 7 pemain yang digugurkan perlu menyesuaikan diri dengan perlawanan antarabangsa selain 9 muka baharu yang dipanggil bermain lebih agresif.

"Saya sudah menggugurkan 7 pemain daripada skuad Kejuaraan Wanita AFF yang lalu kerana dari pemerhatian saya, mereka ini masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tahap fizikal perlawanan antarabangsa.

"Selain itu, saya juga mahu mencuba pemain baharu dan saya lihat 9 muka baharu yang dipanggil kali ini lebih agresif dari segi corak permainannya," katanya dalam siaran media dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asyraaf berkata dia kekal positif untuk menyaksikan peningkatan pasukan kerana sebelum ini berjaya memberi tentangan kepada Australia dan Myanmar pada Kejuaraan Wanita AFF sekali pun melalui tempoh persediaan yang singkat.

Katanya, pertandingan bola sepak wanita seperti Liga Bolasepak Rakyat (Wanita) 2017 dan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 akan dijadikan landasan seterusnya untuk mengenalpasti bakat baharu untuk diterapkan ke dalam pasukan kebangsaan bagi Sukan SEA tahun depan.

Senarai 25 pemain Kem Latihan Pusat
1    Yasrikalaura Tumas (Sabah)
2    Fedalliah Claritta Jaimin (Sabah)
3    Usliza Usman (Sabah)
4    Sanizah Dualin (Sabah)
5    Haindee Mosroh  (Sabah)
6    Asma Junaidi  (Sabah)
7    Shereilynn Elly Pius (Sabah)
8    Jaciah Jumilis  (Sabah)
9    Dadree Rofinus (Sabah)
10    Masturah Majid  (Sabah)
11    Eslisah Esar (Sabah)
12    Siti Rohani Sapthu  (Sarawak)
13    Malini Nordin  (Negeri Sembilan)
14    Puteri Nor Alisa Wilkinson (Pahang)
15    Angela Kais (PDRM)
16    Nur Haniza Saarani (Perak)
17    Dhiya Fatihah Ahmad Razali (Kedah)
18    Nor Atikah Abdul Wahab (ATM)
19    Roszaini Bakar (ATM)
20    Anis Aisyah Asiati  (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)
21    Nor Athirah Mamat  (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)
22    Rosdianah Adeline Jerus (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)
23    Nurul Azurin Mazlan (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)
24    Nur Athirah Farhanah Zairi  (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)
25    Marcella Angela Parais   (Sekolah Sukan Malaysia Sabah)

Berita Harian X