Rabu, 9 November 2016 | 6:30pm

Daniel Ting kini sah milik JDT II

Laman media rasmi pasukan, Johor Southern Tigers hari ini.
Laman media rasmi pasukan, Johor Southern Tigers hari ini.

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan serba boleh, Daniel Ting mengesahkan menyertai skuad Liga Perdana Johor Darul Ta'zim (JDT) II selepas mengharungi musim cemerlang bersama Negeri Sembilan musim lalu.

Daniel yang turut menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Super, mengambil keputusan bersama JDT II yang dimiliki Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi mengembangkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.

"Saya berasa teruja menyertai kelab terbesar di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara," kata Daniel kepada laman media rasmi pasukan, Johor Southern Tigers hari ini.

"DYAM Tunku Mahkota Johor memainkan peranan besar dalam membuatkan saya mengambil keputusan untuk menyertai JDT II, ​​malah ramai orang memandang tinggi kepada baginda.

"JDT adalah kelab yang mempunyai tarikannya tersendiri dengan segala fasiliti, tahap profesionalisme dan pencapaian yang dimiliki kelab ini.

"Saya ada menerima tawaran daripada kelab-kelab Liga Super tetapi sebaik saja saya berbincang dengan Ketua Jurulatih JDT II, Benjamin Mora dan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, ia adalah jelas bahawa JDT adalah kelab yang sesuai untuk meneruskan kerjaya bola sepak saya di Malaysia," katanya.

Berita Harian X