Ahad, 30 Oktober 2016 | 5:58pm

GP Malaysia: Penonton paling ramai tahun ini

PENONTON membanjiri Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia. - Foto Asyraf Hamzah
PENONTON membanjiri Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia. - Foto Asyraf Hamzah

SEPANG: Seramai 161,553 penonton membanjiri Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2016 sekali gus mencipta sejarah paling ramai sejak mula dianjurkan di Sepang pada tahun 1999.

Ia merangkumi 17,711 penonton yang hadir menyaksikan sesi latihan bebas pada Jumaat dan semalam pula seramai 48,466 untuk sesi kelayakan.

Jumlah semakin meningkat pada kemuncak aksi hari ini dengan kehadiran 95,316 penonton.

Secara keseluruhannya ia menjadikan musim paling ramai meskipun berlangsung dalam keadaan cuaca hujan.

Sebagai rekod, kali terakhir minggu GP Malaysia yang berlangsung dalam cuaca hujan ialah pada tahun 2014 dengan kehadiran 130,925 penonton.

Pada tahun lalu, seramai 150,563 penonton hadir ke litar sepanjang 5.5 kilometer untuk menyaksikan perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca normal.

Rekod kehadiran penonton di Sepang:

1999 - 65,000

2000 - 32,375

2001 - 30,184

2002 - 34,060

2003 - 39,699

2004 - 46,318

2005 - 56,160 (hujan)

2006 - 56,437 (hujan)

2007 - 44,807

2008 - 50,152 (hujan)

2009 - 102,255

2010 - 105,555

2011 - 111,385

2012 - 125,816 (hujan)

2013 - 126,917

2014 - 130,925 (hujan)

2015 - 150,563

2016 - 161,553 (hujan)

Berita Harian X