Isnin, 24 Oktober 2016 | 4:42pm

Adam tekad gegar Sepang

ADAM mengaku belum bertemu pengganti selepas berpisah dengan bekas isteri, Fiza tahun lalu.
ADAM mengaku belum bertemu pengganti selepas berpisah dengan bekas isteri, Fiza tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Penunggang Moto3 negara, Adam Norrodin, tidak tertekan bagi menghadapi saingan Kejohanan Motosikal Dunia, yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.

Penunggang Drive M7 SIC Racing Team itu tidak melihat perlumbaan di laman sendiri sebagai sesuatu yang memberi kesan tambahan buatnya, sambil menegaskan beliau sudah membuat persiapan terbaik untuk ke Sepang.

"Saya hanya gementar kerana kejuaraan ini semakin bagus, ini pula adalah tahun pertama saya.

"Namun, saya sudah melakukan persiapan yang bagus dan sudah bersedia," katanya ketika ditemui selepas sesi minum petang bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.

Adam menjelaskan, pada dua perlumbaan terakhir sebelum ini di Jepun dan Australia, beliau telah mendapat pelarasan terbaik pada jenteranya, yang dianggap 'satu langkah ke depan' menjelang saingan di Sepang.

"Saya tidak terlalu fikirkan kedudukan podium. Saya cuma mahu pergi lebih jauh.

"Semua motosikal sama, ada kelebihan dan kekurangan tapi saya gembira dengan jentera saya," katanya yang menduduki tempat ke-11 di Grand Prix Australia, semalam.

Berita Harian X