Sabtu, 8 Oktober 2016 | 11:56am

Khairy puji aksi Khairulazhan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada majlis pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2016 peringkat kebangsaan di Putrajaya, sebentar tadi. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada majlis pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2016 peringkat kebangsaan di Putrajaya, sebentar tadi. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Khairulazhan Khalid sebagai penyelamat selepas penjaga gol itu menampilkan beberapa aksi tangkas untuk menyelamatkan gawang gol negara daripada dibolosi, semalam.

Khairul Azhan yang juga penjaga gol Selangor berdepan hari sibuk di Stadium Nasional ketika mengecewakan juara AFF 2012 itu yang membuat lebih 20 percubaan sebelum Malaysia berjaya mengikat Singapura 0-0 dalam aksi persahabatan Cabaran Tambak itu.

Malah, Khairy menganggap skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bernasib baik untuk tidak diaibkan pada aksi terbabit kerana lebih banyak bertahan di kubu sendiri.

"Skuad negara sangat bernasib baik tidak tewas semalam kerana tiga percubaan tuan rumah dinafikan palang gol selain diselamatkan kecekapan Khairul Azhan yang menampilkan aksi terpuji," katanya pada sidang media majlis pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) 2016 peringkat kebangsaan di sini, sebentar tadi.

Malah, Khairy turut bimbang dengan prestasi yang dipamerkan pada aksi semalam, sekali gus membayangkan masa depan Harimau Malaysia untuk menjulang trofi AFF tampak kabur.

"Cuma kita harap skuad Harimau Malaysia selepas ini dapat tampilkan taktikal lebih baik pada aksi seterusnya."

Berita Harian X