Khamis, 6 Oktober 2016 | 10:18pm

United rugi besar sisih Schweinsteiger - Guendogan

BASTIAN Schweinsteiger (kiri) dan Ilkay Guendogan.
BASTIAN Schweinsteiger (kiri) dan Ilkay Guendogan.

LONDON: Peluang Manchester United lebih baik jika pemain tengah dari Jerman, Bastian Schweinsteiger dipanggil semula oleh Jose Mourinho, kata Ilkay Guendogan mengenai nasib rakan senegaranya itu.

Selepas 18 kali tampil membantu United dalam kempen Liga Perdana, Schweinsteiger, 33, tidak lagi mengisi kesebelasan utama The Red Devils sejak kelab itu dibimbing oleh jurulatih kelahiran Portugal yang mengambil alih jawatan daripada Louis van Gaal yang dipecat.

Schweinsteiger juga disisihkan dalam skuad Liga Europa apabila Mourinho mengesahkan pemain tengah itu "amat sukar" diterima kembali beraksi dalam skuad utama United.

"Saya percaya United akan mendapat 100 peratus faedah daripada kehadiran Bastian Schweinsteiger," kata Guendogan kepada majalah Bild.

Guendogan yang terpilih menyertai skuad kebangsaan Jerman untuk kempen pusingan kelayakan Piala Dunia selepas setahun menyepi susulan kecederaan juga percaya mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Schweinsteiger.

"Saya percaya kebolehan diri sendiri sejak dia belum bersara lagi, tapi ini tiada kaitan dengan hujah bahawa persaraannya sesuatu yang negatif atau positif.

"Sebaliknya kita perlu berterima kasih kerana kita memiliki seorang pemain hebat sepertinya," katanya.

Jerman akan berdepan Republik Czech esok sebelum menunggu kedatangan Ireland Utara tiga hari kemudian. - Agensi

Berita Harian X