Selasa, 27 September 2016 | 9:14pm
Pingat emas pertama negara disumbangkan pasangan pesilat, Mohd Takiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif yang memungut 571 mata keseluruhan dalam acara Ganda Putera.
Pingat emas pertama negara disumbangkan pasangan pesilat, Mohd Takiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif yang memungut 571 mata keseluruhan dalam acara Ganda Putera.

Kemarau emas negara di Sukan Pantai Asia berakhir

Sukan pencak silat menamatkan kemarau lima hari tanpa pingat emas Malaysia dalam Sukan Pantai Asia kelima dengan memenangi acara Ganda Putera hari ini.
Sukan pencak silat menamatkan kemarau lima hari tanpa pingat emas Malaysia dalam Sukan Pantai Asia kelima dengan memenangi acara Ganda Putera hari ini.

DANANG VIETNAM: Sukan pencak silat menamatkan kemarau lima hari tanpa pingat emas Malaysia dalam Sukan Pantai Asia kelima dengan memenangi acara Ganda Putera hari ini.

Pingat emas pertama negara itu disumbangkan pasangan pesilat, Mohd Takiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif yang memungut 571 mata keseluruhan dalam acara itu.

Malah, Malaysia juga meraih satu perak dan satu gangsa dalam acara ganda puteri dan tunggal puteri.

Pengurus pasukan Malaysia, Datuk Osman Nok, berkata pasangan emas Malaysia itu adalah sasaran utama negara untuk meraih emas dalam Sukan Sea tahun depan.

"Sasaran emas pertama negara sudah berjaya. Kita ada lagi empat emas dalam sasaran iaitu dalam kategori tanding.

"Apa yang paling membanggakan, sukan pencak silat menjadi penyumbang pertama emas kepada negara selepas lima hari Malaysia kemarau emas.

"Malah, saya yakin sukan pencak silat akan menjadi penyumbang pingat utama negara untuk Sukan Pantai Asia ini.

"Kita sudah harumkan nama negara di bumi Vietnam. Saya pasti akan ada pingat emas lagi," katanya.

Sukan Pantai Asia yang membuka tirai pada 23 September bakal menutup tirai pada 2 Oktober ini mempertandingkan 22 jenis sukan pantai.

Malaysia menghantar pasukan dalam tujuh acara iaitu sepak takraw, silat, kabadi, muay thai, petanque dan woodball.

Osman berkata, pasukan pencak silat negara adalah pasukan elit yang dalam persiapan menghadapi Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 2017.

"Sukan Pantai Asia penting kerana ia bertaraf benua dan tentu sekali kejayaan di sini penting sebagai kayu pengukur dalam sukan peringkat Asia Tenggara.

"Pasukan pencak silat Malaysia menghantar pasukan penuh dengan cabaran utama tentunya dari pasukan Vietnam, Singapura dan Indonesia," katanya.

Berita Harian X