Selasa, 27 September 2016 | 6:48pm

Wasit juri M'sia buka gelanggang Pencak Silat di Sukan Pantai Asia

DANANG, Vietnam: Sukan pencak silat di Sukan Pantai Asia kali kelima membuka tirainya hari ini dengan penghormatan diberikan kepada wasit juri Malaysia untuk membuka gelanggang.

Wasit juri Malaysia itu, Azrul Affandi Sobry yang juga wartawan BH diberi kepercayaan memulakan adat buka gelanggang dan penyerahan keris pertandingan kepada Ketua Pertandingan.

Itu adalah satu penghormatan besar kepada arena silat negara ini kerana kejohanan bertaraf Asia itu disertai 15 negara dari benua ini.

Sukan pencak silat membabitkan sembilan negara Asia yang bertanding merebut 18 pingat emas.

Malaysia dijangka bakal memperoleh pingat emas pertama negara melalui pencak silat selepas gagal dalam sukan lain.

Pertandingan hari ini membabitkan perebutan enam pingat emas dalam acara seni dengan satu daripadanya iaitu dalam kategori ganda menjadi pertaruhan Malaysia bagi mendapatkan pingat emas pertama.

Wasit juri Malaysia, Azrul Affandi Sobry yang juga wartawan akhbar ini diberi kepercayaan memulakan adat buka gelanggang acara Pencak Silat di Sukan Pantai Asia.
Wasit juri Malaysia, Azrul Affandi Sobry yang juga wartawan akhbar ini diberi kepercayaan memulakan adat buka gelanggang acara Pencak Silat di Sukan Pantai Asia.

Berita Harian X