Ahad, 25 September 2016 | 6:00pm

200 saksi siaran langsung MotoGP di Pecscao55

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto Goh Thean Howe
PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto Goh Thean Howe

KUALA LUMPUR: Lebih 200 peminat dunia permotoran dua roda hadir menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia secara langsung bagi memberi sokongan kepada pelumba negara terutamanya Hafizh Syahrin Abdullah di premis perniagaan anak muda itu di Pecscao55, dekat Jalan Klang Lama, dekat sini, hari ini. 

Hafizh yang dikenali dengan jolokan Pescao dijadual beraksi dalam kelas Moto2 di Grand Prix (GP) Aragon pada jam 6.20 petang ini manakala Moto3 yang mempunyai dua wakil negara, Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) dan Adam Norrodin (Drive M7 SIC) pula sedang berlangsung ketika ini. 

Bagi perlumbaan petang ini, Hafizh bakal bermula dari petak ke-12 selepas merakam 1 minit 54.154 saat pada sesi kelayakan semalam.  

Untuk rekod, selepas 13 perlumbaan musim 2016, pelumba pasukan PETRONAS Raceline itu sudah mengumpul 101 mata untuk berada di tangga kelapan carta keseluruhan. 

Pada perlumbaan sebelum ini di GP San Marino 11 September lalu, Hafizh menamatkan saingan di tangga ketujuh sekali gus meraih sembilan mata berharga.

Berita Harian X