Khamis, 22 September 2016 | 8:46pm

Siti Noor Radiah hadiah wang insentif kepada ibu bapa

ATLET paralimpik Negara, dari kiri, Siti Noor Radiah, Muhammad Ziyad Zolkefli Ismail , Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bersama pingat semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio, Siti Noor Radiah Ismail amat bersyukur dengan ganjaran tambahan RM100,000 diterimanya dan mahu menghadiahkan sebahagian daripadanya bagi menghantar ibu bapanya mengerjakan umrah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi mengumumkan ganjaran berkenaan kepada Radiah selepas kontinjen negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Radiah yang ditemui berkata, dia memang memasang impian untuk menghantar ibu bapanya mengerjakan umrah sebelum berlepas ke Rio lagi.

"Tapi saya tidak beritahu mereka. Selepas saya dapat gangsa barulah saya beritahu hasrat saya itu dan alhamdulillah ganjaran tambahan ini serba sedikit membantu," katanya.

Menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet (SHAKAM), atlet paralimpik negara yang menyertai Sukan Paralimpik di Rio 2016 menerima insentif bernilai RM1 juta untuk pingat emas, RM300,000 bagi perak dan RM100,000 bagi pingat gangsa.

Radiah meraih gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran).

Berita Harian X