Sabtu, 10 September 2016 | 11:08pm

Lorenzo sambar petak pertama GP San Marino

PEMANDU Movistar Yamaha MotoGP dari Sepanyol, Jorge Lorenzo (tengah) meraikan kemenangan di petak pertama disamping rakan sepasukan dari Itali, Valentino Rossi (kiri) dan Team Suzuki Ecstar, Maverick Ninales dari Sepanyol di tempat ketiga di Grand Prix (GP) San Marino. - Foto AFP
PEMANDU Movistar Yamaha MotoGP dari Sepanyol, Jorge Lorenzo (tengah) meraikan kemenangan di petak pertama disamping rakan sepasukan dari Itali, Valentino Rossi (kiri) dan Team Suzuki Ecstar, Maverick Ninales dari Sepanyol di tempat ketiga di Grand Prix (GP) San Marino. - Foto AFP

MISANO ADRIATICO, Itali: Juara dunia Moto GP, Jorge Lorenzo akan memulakan perlumbaan esok di petak hadapan selepas merekodkan masa terpantas di Grand Prix (GP) San Marino pada pusingan kelayakan di Litar Misano, hari ini

Rakan sepasukan, Valentino Rossi turut bersamanya di barisan hadapan dengan mengisi petak kedua, manakala juara GP British, Maverick Vinales di petak ketiga.

Lorenzo berada di kedudukan ketiga dalam senarai kedudukan pelumba, 64 mata di belakang Marc Marquez, yang berada di kedudukan keempat terpantas pada pusingan kelayakan untuk memulakan perlumbaan di barisan kedua.

Masa terbaik Lorenzo adalah 1'31.868 untuk memberikan beliau peluang meraik kemenangan keempat di litar terbabit.

Lorenzo yang melakar petak utama ke-64 dalam kariernya, meraih kemenangan pada 2011-2013 dan memperoleh kedudukan tiga teratas sebelum tersingkir pada perlumbaan tahun lalu.

Rossi ketinggalan 50 mata di belakang Marquez dalam senarai kedudukan pelumba.

Keputusan:

1. Jorge LORENZO SPA Movistar Yamaha MotoGP Yamaha 289.8 1'31.868

2. Valentino ROSSI ITA Movistar Yamaha MotoGP Yamaha 289.2 1'32.216

3. Maverick VIÑALES SPA Team SUZUKI ECSTAR Suzuki 291.3 1'32.381

4. Marc MARQUEZ SPA Repsol Honda Team Honda 286.7 1'32.443

5. Michele PIRRO ITA Ducati Team Ducati 292.0 1'32.467

6. Andrea DOVIZIOSO ITA Ducati Team Ducati 294.3 1'32.677

7. Cal CRUTCHLOW GBR LCR Honda Honda 286.9 1'32.743

8. Dani PEDROSA SPA Repsol Honda Team Honda 290.8 1'32.859

9. Aleix ESPARGARO SPA Team SUZUKI ECSTAR Suzuki 285.4 1'32.918

10. Pol ESPARGARO SPA Monster Yamaha Tech 3 Yamaha 287.3 1'33.002

11. Hector BARBERA SPA Avintia Racing Ducati 288.3 1'33.301

12. Alvaro BAUTISTA SPA Aprilia Racing Team Gresini Aprilia 287.0 1'33.929

- AFP

Berita Harian X