Rabu, 31 Ogos 2016 | 2:17pm

Schweinsteiger tak putus asa kekal bersama United

Bastian Schweinsteiger.
Bastian Schweinsteiger.

BERLIN: Bastian Schweinsteiger yang akan menyarung jersi Jerman buat kali terakhir pada hari ini, menegaskan dia belum mengalah dengan impiannya untuk terus bermain bersama Manchester United biarpun Jose Mourinho meminggirkannya.

"Impian utama saya adalah masih untuk bermain bersama Manchester United," kata Schweinsteiger yang akan mengucapkan selamat tinggal dalam penampilannya ke-121 dan terakhir bagi Jerman.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Jose Mourinho, dia menerangkan situasi yang dialaminya kepada saya.

"Satu perkara yang pasti, saya tidak akan berhenti bermain bola sepak dan saya masih percaya dengan kemampuan diri sendiri.

"Saya masih boleh membantu Manchester United untuk mempunyai peluang yang adil," katanya.

"Kami perlu tunggu untuk menyaksikan apa yang terjadi pada September dan Oktober dan bagaimana perkara itu akan berlaku."

Jurulatih United, Mourinho turut mengulangi apa yang dikatakan Schweinsteiger dengan menegaskan 'tiada masalah' yang berlaku antara kedua-dua mereka, tetapi pemain tengah itu merayu supaya diberi `peluang yang adil' bersama Manchester. - AFP

Berita Harian X