Rabu, 17 Ogos 2016 | 9:40pm

Olimpik: Chong Wei, Lin Dan berentap di separuh akhir

RIO DE JANEIRO: Hajat menyaksikan pertembungan impian antara dua sensasi badminton, Datuk Lee Chong Wei dan musuh tradisinya, Lin Dan di separuh akhir menjadi kenyataan sebentar tadi.

Ketika Chong Wei mudah menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-9, 21-15, Lin Dan bagaimanapun bergelut dan cemas sebelum melepasi halangan suku akhir.

Pemain nombor tiga dunia itu yang memburu pingat emas hatrik selepas meraihnya di Beijing 2008 dan London 2012 dengan menewaskan Chong Wei terpaksa bertarung dalam tiga set sebelum menundukkan K Srikanth dari India 21-6, 11-21, 21-18.

Kedua-duanya akan bertemu pada separuh akhir Jumaat ini dengan rekod pertemuan memihak jaguh China itu dengan melakar 25 kemenangan daripada 36 pertemuan.

Berita Harian X