Ahad, 14 Ogos 2016 | 12:02pm

Ledakan Neymar bawa kemaraan Brazil

NEYMAR (kiri) mengawal bola di depan pemain Colombia, Jefferson Lerma dalam aksi suku akhir Sukan Olimpik Riodi Stadium Arena Corinthians, Sao Paulo, Brazil. - Foto EPA
NEYMAR (kiri) mengawal bola di depan pemain Colombia, Jefferson Lerma dalam aksi suku akhir Sukan Olimpik Riodi Stadium Arena Corinthians, Sao Paulo, Brazil. - Foto EPA

RIO DE JANEIRO: Kapten Brazil, Neymar meledak jaringan pertama di Olimpik seterusnya membawa tuan rumah itu semakin hampir dengan pingat emas pertama ketika menang 2-0 ke atas Colombia dalam aksi dipenuhi kekasaran.

Bintang Barcelona itu melencongkan bola menerusi sepakan percuma pada minit ke-12 namun dia bernasib baik untuk dapat terus bermain apabila dibentes Andres Roa, yang mencetuskan pergaduhan antara pemain dan jurulatih.

Brazil terus tenang dalam saingan keempat tanpa sebarang bolos pada temasya kali ini ketika Luan mencipta jaringan bagi pertemuan separuh akhir berdepan Honduras, di Rio, Khamis ini.

Jerman kekal di landasan untuk pertemuan paling dinantikan berdepan Brazil pada final Ahad depan, selepas dua tahun pasukan itu membelasah Brazil 7-1 pada Piala Dunia 2014.

Terdahulu, Jerman menewaskan Portugal 4-0 di Brasilia. - AFP

Berita Harian X