Rabu, 10 Ogos 2016 | 6:34am
PENERJUN negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg semasa majlis podium Final 10m Seirama Wanita di Rio Sukan Olimpik 2016. - Foto AFP
PENERJUN negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg semasa majlis podium Final 10m Seirama Wanita di Rio Sukan Olimpik 2016. - Foto AFP
PEMENANG pingat emas pasangan dari China Chen Ruolin dan Liu Huixia (tengah), pemenang pingat perak, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong dan pemenang pingat gangsa dari Kanada, Meaghan Benfeito dan Roseline Filion (kanan) semasa majlis podium Final 10m Seirama Wanita di Rio Sukan Olimpik 2016. - Foto AFP

Perak di Rio lebih bermakna - Pandelela

GAYA terjunan Perak penerjun negara Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg. - Foto AP
GAYA terjunan Perak penerjun negara Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg. - Foto AP

RIO DE JANEIRO: Pandelela Rinong menyifatkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016 lebih bermakna berbanding gangsa yang diraihnya di Olimpik London 2012.

"Saya sangat gembira memenangi pingat Olimpik kedua terutama sekali pingat perak bersama pasangan saya (Cheong Jun Hoong).

"Sudah tentu ia lebih bermakna berbanding London kerana saya dapat memperbaiki pencapaian dan menukar warnanya," kata penerjun kelahiran Sarawak itu.

Pandelela yang bergandingan dengan Jun Hoong memenangi perak selepas menghimpun 344.43 mata di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Mereka ketinggalan 9.66 mata kepada pasangan China, China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia yang mengumpul 354 mata. Tempat ketiga pula diraih gandingan Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata.

Di London 2012, Pandelela melakar kejutan dengan meraih gangsa dalam acara 10 meter platform.

Berita Harian X