Isnin, 6 Jun 2016 | 1:01am

Djokovic rangkul gelaran Terbuka Perancis

DJOKOVIC mengucup trofi selepas memenangi Terbuka Perancis menewaskan Andy Murray pada perlawanan akhir di Paris. - Foto AFP
DJOKOVIC mengucup trofi selepas memenangi Terbuka Perancis menewaskan Andy Murray pada perlawanan akhir di Paris. - Foto AFP

PARIS: Selepas 12 kali mencuba, Novak Djokovic akhirnya berjaya merangkul gelaran Terbuka Perancis pertamanya sebentar tadi dan menjadi pemain ketiga dalam sejarah yang memegang semua empat gelaran Grand Slam pada satu masa.

Pemain nombor satu dunia itu menundukkan musuh lama Andy Murray 3-6, 6-1, 6-2, 6-4 untuk meraih gelaran utama yang ke-12.

Kemenangan itu juga menyaksikan bintang Serbia berkenaan menyertai Don Budge pada tahun 1938 dan Rod Laver (1962 dan 1969) sebagai pemain yang pada satu masa merangkul Terbuka Perancis, Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat dan trofi Wimbledon.

"Ia adalah satu saat yang sangat istimewa, yang terbesar dalam karier saya," kata Djokovic, salah satu daripada hanya lapan pemain melengkapkan kerjaya Grand Slam dan yang tewas dalam tiga perlawanan akhir di Paris sebelum ini.

"Saya rasa hari ini sesuatu yang saya tidak pernah rasai sebelum ini di Roland Garros dan saya merasa sayang kepada penonton." - AFP

Berita Harian X